Sejarah permulaan acara lompat jauh dapat dikesan seawall tahun 708
Sebelum Masihi iaitu dalam Sukan Olimpik Kuno di Greece.Menurut catatan
tersebut, lompatan sejauh 7.05 meter telah dibuat oleh Chionis, peserta
Sparta. Bagaimanapun, teknikdan cara lompatan yang dibuat amat berlainan
daripada lompatan yang dibuat kini. Berdasarkan bukti-bukti lukisan
yang terdapat pada tembikar yang dibuat pada zaman itu, lompatan dibuat
secara berkali-kali, sama ada lompatan dalam bentukmultiple, double-triple.
Apabila Sukan Olimpik Moden dihidupkan pada tahun 1896, lompat jauh termasuk sebagai salah satu acara olahraga. Sejak itu ia terus diterima sebagai salah satu acara olahraga dalam kebanyakan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat di dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehinggalah kepada bentuk lompatan yang ada seperti sekarang.
Walaupun lompat jauh merupakan acara yang paling mudah dipelajari berbanding acara-acara lompatan yang lain, tidak bermakna semua orang mampu melakukannya dengan baik. Teknik lompatan dan peaturannya perlu dipelajari dengan penuh minat. Ini kerana, sebagai satu acara sukan, ia juga tidak lari daripada risiko kecederaan.Teknik-teknik lompatan baru adalah diperkenalkan daripada kajian-kajian saintifik yang dilakukan keatasnya. Rekod lompatan terjauh, yang pada suatu masa dahulu diramalkan menjadi rekod paling lama, kini sudah pun diperbaiki.





Tidak ada komentar:
Posting Komentar